Dibuka Setiap Hari

7.30 AM - 10.30 PM

Dibuka Setiap Hari 7.30 AM - 10.30 PM

Tentang Kami

Home » Tentang Kami
Siapa Kami

Klinik Mesra Wanita & Kanak-kanak

Klinik Ezna telah diasaskan oleh Dr Irfan Abd Rahman bersama isteri dan adiknya, Dr Maimuna Amin dan Dr Ezzati Abd Rahman sejak 1 Februari 2023 dengan melancarkan cawangan yang pertama di Simpang Lima, Batu Pahat, Johor.

Klinik yang terletak dikawasan luar bandar ini bermula dengan hanya seorang sahaja kakitangan pada awal pembukaan, kini Klinik Ezna telah mampu berkongsi rezeki bersama 16 orang kakitangan tempatan yang mahir dan semakin berkembang maju dari masa ke semasa.

Dengan berbekalkan pengalaman yang lama didalam sektor kesihatan, strategi yang tepat, juga berkat doa dan keizinan-NYA. Alhamdulillah, Klinik Ezna kini telah merawat hampir 30,000 pesakit dalam masa setahun lebih sahaja penubuhannya dan mendapat lebih dari 250+ “5 Bintang” di Google review sekaligus menjadikannya antara klinik yang menjadi pilihan utama masyarakat dari seluruh pelusuk daerah Batu Pahat & daerah-daerah lain yang berhampiran.

Kami di Klinik Ezna mempunyai impian tersendiri untuk meluaskan kawasan perkhidmatan dan servis bagi setiap lapisan masyarakat di setiap daerah di Malaysia, lebih-lebih lagi di kawasan luar bandar. Ini dibuktikan apabila pihak pengurusan sendiri telah melaburkan ratusan ribu ringgit untuk sentiasa menaiktaraf fasiliti kesihatan yang berada di Klinik Ezna dan akan terus melabur untuk membuka cawangan seterusnya di kawasan luar bandar di daerah lain tidak lama lagi.

Dengan mengambil keputusan untuk menjadikan klinik luar bandar mesra wanita dan kanak-kanak sebagai segmen utama, kami akan terus memberikan dan menyediakan pelbagai perkhidmatan khas untuk wanita & kanak-kanak. Walaubagaimanapun tidak dilupakan juga untuk meliputi pelbagai perkhidmatan dan permasalahan kesihatan yang lain kepada semua komuniti dan masyarakat setempat.

Pada masa kini, kami sedia maklum bahawa terdapat banyak klinik-klinik baru yang juga semakin membangun di seluruh Malaysia. Namun begitu, kami amat berbangga kerana Klinik Ezna merupakan antara beberapa sahaja klinik yang mesra wanita dan kanak-kanak yang dapat meliputi kawasan luar bandar. Seiring dengan misi dan visi kami

“Servis Yang Berkualiti & Perkhidmatan Yang Penyayang”

Kami juga menyedari keperluan pesakit masa kini yang memerlukan perkhidmatan kesihatan berkualiti di kawasan luar bandar dan berbangga dengan servis perkhidmatan yang telah disediakan dapat memudahkan penduduk berdekatan untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dengan pantas & mudah.

Klinik Ezna mengakui bahawa semua pesakit kami adalah penyumbang besar kepada Negara kita dan juga menyumbang besar kepada kejayaan pantas klinik kami secara khasnya. Kami akan berpegang teguh pada janji kami untuk bekerja lebih keras demi memberikan kepuasan kepada pelanggan agar mereka dapat merasai pengalaman mendapat rawatan kesihatan berkualiti & merasai menjadi pelanggan premium setiap kali kunjungan ke klinik Ezna sama ada mereka datang dalam keadaan sihat mahupun tidak.

Penglibatan pelanggan ke klinik menjadi keutamaan kami dalam membuat keputusan bagi penambahbaikan proses perkhidmatan kami. Sebagai tanda penghargaan dan tanda terima kasih kepada komuniti dan masyarakat yang tidak putus menyokong kami, Klinik Ezna juga mengambil langkah proaktif dalam program kemasyarakatan dan CSR (Corporate Social Responsibility).

Antara program-program yang telah dianjurkan pihak klinik sepanjang setahun ditubuhkan ini ialah menaik taraf perhentian bas sekolah, program gotong royong taman sekitar, program kesihatan bersama klinik kesihatan kerajaan, program klinik doktor pakar percuma dan lain2 lagi.

Selain itu kami juga menyedari dengan perkembangan teknologi masa kini yang telah menembusi seluruh pelusuk luar bandar, trend aliran di dalam industri kesihatan juga tidak turut terkecuali dalam tempias trend ini. Kini, Klinik Ezna tidak hanya memberikan perkhidmatan dan transaksi secara fizikal, malah kami mengalu-alukan perkhidmatan secara atas talian terlebih dahulu sebelum perkhidmatan fizikal supaya pengalaman pelanggan lebih holistik dan kesihatan pelanggan lebih terjamin dengan opsyen dalam membuat pilihan.

Oleh sebab ini, kami telah membina laman sesawang eksklusif kami sendiri bagi mempermudahkan pelanggan & pesakit untuk membuat tempahan di atas talian supaya proses untuk mendapatkan perkhidmatan di klinik kami berjalan dengan lebih lancar, sejajar dengan visi & misi kami.

24511

Pesakit Dirawat

258

Review 5 Bintang

14

Tahun Pengalaman

16

Kaki Tangan

Ikuti Kami di Media Sosial

1, Jalan peserai Indah, Taman Peserai Indah, 83000 Batu Pahat, Johor
014-382 0399
admin@klinikezna.com
© Hakcipta Terpelihara Diri Healthcare Sdn. Bhd. (1477599-M) - Klinikezna.com. Servis Diuruskan Oleh LamanWeb
Kunjungi Kami