MY
Malaysia
EN
MY
Malaysia
EN

Ultrasound Baby di Batu Pahat membantu ibu memantau perkembangan dan keadaan bayi sepanjang kehamilan. Ketahui bila waktu sesuai untuk Ultrasound.

Ultrasound Baby di Batu Pahat
Ultrasound Baby di Batu Pahat membantu ibu memantau perkembangan dan keadaan bayi sepanjang kehamilan. Ketahui jenis scan, waktu sesuai dan perkara penting sebelum pemeriksaan.

Kehamilan merupakan satu perjalanan yang melalui pelbagai perubahan dari trimester pertama hingga trimester ketiga. Dalam tempoh ini, pemeriksaan ultrasound menjadi antara kaedah yang digunakan untuk membantu doktor menilai perkembangan kandungan dan mendapatkan gambaran mengenai keadaan bayi di dalam rahim.

Bagi ibu yang sedang mencari Ultrasound Baby di Batu Pahat, memahami tujuan setiap jenis ultrasound adalah penting supaya pemeriksaan yang dilakukan benar-benar bersesuaian dengan usia kandungan dan keperluan semasa.

Ultrasound bukan sekadar peluang untuk melihat imej bayi. Pemeriksaan ini juga boleh memberikan maklumat klinikal yang membantu doktor menilai beberapa aspek penting sepanjang kehamilan.


Ultrasound Bukan Sekadar Melihat Bayi, Tetapi Membantu Memantau Kehamilan

Setiap peringkat kehamilan memerlukan perhatian yang berbeza. Apa yang perlu dinilai pada awal kehamilan tidak semestinya sama dengan perkara yang ingin diperhatikan apabila kandungan memasuki trimester kedua atau ketiga. Melalui ultrasound, doktor boleh mendapatkan gambaran mengenai beberapa perkara seperti:

Dalam keadaan tertentu, ultrasound juga boleh digunakan untuk membantu doktor menentukan sama ada pemeriksaan atau pemantauan lanjut diperlukan.

Thomson Medical menerangkan bahawa ultrasound menggunakan gelombang bunyi untuk menghasilkan imej dan boleh digunakan ketika kehamilan untuk memeriksa janin. Ultrasound turut digunakan dalam beberapa keadaan untuk membantu menilai usia kandungan dan pertumbuhan bayi.


Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Melakukan Ultrasound Baby di Batu pahat?

Tiada satu waktu yang sama untuk semua ibu kerana tujuan ultrasound boleh berubah mengikut usia kandungan, sejarah kehamilan dan keadaan kesihatan ibu. Secara umumnya, pemeriksaan boleh dilakukan pada beberapa peringkat berikut.

PeringkatUsia KandunganFokus PemeriksaanApa Yang Dinilai
Awal KehamilanMengikut keperluan ibuSahkan Kehamilan & Nilai Perkembangan Awal• Pengesahan kehamilan
• Lokasi kandungan
• Anggaran usia kehamilan
• Penilaian perkembangan awal
Trimester KeduaSekitar minggu 18 – 22Pantau Perkembangan & Struktur Bayi• Perkembangan & ukuran bayi
• Kedudukan bayi & plasenta
• Jantina bayi jika sesuai
• Pemeriksaan tambahan jika perlu
Trimester KetigaMinggu 28 ke atasPersediaan Menjelang Kelahiran• Tumbesaran bayi
• Kedudukan bayi
• Pemantauan sebelum kelahiran
• Rujukan lanjut jika diperlukan

Nota: Waktu terbaik untuk menjalani Ultrasound Baby di Batu Pahat perlu ditentukan berdasarkan tujuan pemeriksaan, bukan semata-mata berdasarkan minggu kandungan. Doktor akan menentukan pemeriksaan yang paling sesuai mengikut keadaan kehamilan ibu.


Apakah Yang Dinilai Doktor Melalui Ultrasound?

Ultrasound Baby di Batu Pahat membnatu ibu memantau perkembangan kandungan melalui pemeriksaan Ultrasound yang dilakukan mengikut keperluan dan usia kehamilan.

Walaupun ibu mungkin lebih tertumpu kepada imej bayi yang kelihatan pada skrin, doktor sebenarnya menggunakan ultrasound untuk mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan perkembangan kandungan.

1) Tumbesaran dan Ukuran Bayi

Beberapa ukuran boleh diambil semasa ultrasound bagi membantu doktor menilai perkembangan bayi berdasarkan usia kandungan. Ukuran ini tidak dilihat secara berasingan, sebaliknya akan dinilai bersama faktor lain yang berkaitan dengan perjalanan kehamilan.

2) Denyutan Jantung Bayi

Pada usia kandungan yang sesuai, aktiviti jantung bayi boleh dikenal pasti melalui ultrasound. Penilaian ini merupakan salah satu komponen penting dalam pemeriksaan awal dan pemantauan kehamilan.

3) Kedudukan Bayi

Kedudukan bayi boleh berubah sepanjang kehamilan. Apabila kandungan semakin menghampiri tarikh kelahiran, kedudukan bayi menjadi antara perkara yang boleh dinilai oleh doktor apabila diperlukan.

4) Kedudukan Plasenta

Plasenta memainkan peranan penting sepanjang kehamilan kerana ia membantu membekalkan oksigen dan nutrien kepada bayi. Melalui ultrasound, doktor boleh melihat lokasi plasenta serta menilai perkara berkaitan mengikut keperluan klinikal.

5) Jantina Bayi

Jantina bayi mungkin dapat dilihat apabila kandungan telah mencapai usia yang sesuai. Namun begitu, ketepatan paparan turut bergantung kepada kedudukan bayi ketika pemeriksaan. Ada kalanya bayi berada dalam posisi yang menyebabkan bahagian tertentu sukar dilihat dengan jelas.

Pilihan Ultrasound 2D, 3D dan 5D di Klinik Ezna

Klinik Ezna menyediakan beberapa pilihan ultrasound baby di Batu Pahat mengikut tujuan pemeriksaan dan keperluan ibu. Setiap jenis ultrasound mempunyai fungsi yang berbeza, jadi pemilihan sebaiknya dibuat berdasarkan usia kandungan, keadaan semasa serta tujuan pemeriksaan.

Ultrasound 2DUltrasound 3DUltrasound 5D
Tujuan UtamaPemeriksaan asas dan pemantauan kandunganPemantauan perkembangan bayi dengan gambaran tiga dimensi yang lebih jelasPaparan visual bayi yang lebih terperinci bersama pemantauan Growth Scan 2D
Yang Disertakan• Confirm Pregnancy
• Gynae Scan
• TVS / Transvaginal Scan
• Growth Scan & Gender
• Laporan rasmi & gambar
• Growth Scan 2D
• Gambaran bayi 3D
• Laporan rasmi
• Gambar ultrasound
• Soft copy laporan & gambar
• Growth Scan 2D
• Visual bayi lebih terperinci
• Laporan rasmi
• Gambar ultrasound
• Soft copy laporan & gambar
• Pendrive penyimpanan
Sesuai UntukIbu yang memerlukan pemeriksaan asas untuk menilai perkembangan kandungan.Ibu yang ingin melihat gambaran bayi dengan lebih jelas apabila kedudukan bayi sesuai.Ibu yang ingin pengalaman visual bayi yang lebih lengkap dan menyimpan rekod pemeriksaan sepanjang perjalanan kehamilan.

Nota: Jenis ultrasound yang sesuai bergantung kepada tujuan pemeriksaan, usia kandungan dan keadaan semasa kehamilan. Untuk memahmai dengan lebih lanjut tentang tujuan scan sepanjang kehamilan, ibu juga boleh membaca Klinik Scan Baby Batu Pahat: Bukan Sekadar Lihat Wajah Bayi. Doktor akan berbincang bersama ibu untuk menentukan pilihan yang terbaik.hamilan. Doktor akan berbincang bersama ibu untuk menentukan pilihan yang paling sesuai.

Soalan Lazim Tentang Ultrasound Baby di Batu Pahat

Ia bergantung kepada tujuan pemeriksaan. Ultrasound awal boleh digunakan untuk mengesahkan dan menganggarkan usia kehamilan, manakala pemeriksaan pada trimester seterusnya mempunyai tujuan yang berbeza.
Ya, jika usia kandungan masih terlalu awal, sesetengah struktur mungkin belum dapat dilihat dengan jelas. Doktor mungkin mencadangkan pemeriksaan semula pada waktu yang lebih sesuai.
Ia bergantung kepada usia kandungan dan kedudukan bayi ketika pemeriksaan. Ada kalanya bayi berada dalam posisi yang menyebabkan jantina sukar dilihat dengan jelas.
Ultrasound 2D digunakan secara meluas untuk penilaian asas kandungan. Ultrasound 3D dan 5D pula memberikan visual bayi yang lebih jelas apabila keadaan imbasan sesuai.
Tidak, TVS hanya dilakukan apabila sesuai dengan tujuan pemeriksaan dan keadaan ibu berdasarkan penilaian doktor.
Ya, Pakej iltrasound klinik Ezna dijalankan secara temu janji supaya pemeriksaan dapat disusun dengan lebih teratur. Ibu boleh menghubungi pihak klinik untuk bertanya tentang pilihan scan yang sesuai mengikut minggu kandungan.

Ultrasound memberi peluang kepada doktor untuk mendapatkan maklumat penting mengenai perkembangan kandungan pada setiap peringkat kehamilan. Darip[ada pengesahan awal kehamilan, pemantauan tumbesaran sehingga penilaian kedudukan bayi, setiap pemeriksaan mempunyai tujuan tersendiri.

Bagi ibu yang sedang mencari Ultrasound Baby di Batu Pahat, Klinik Ezna menyediakan pilihan ultrasound 2D, 3D dan 5D yang boleh dipilih berdasarkan usia kandungan dan tujuan pemeriksaan. Selain ultrasound, ibu juga boleh mendapatkan maklumat mengenai pakej kehamilan dan pemeriksaan lain melalui Perkhidmatan Klinik Ezna. Hubungi Klinik Ezna untuk mendapatkan maklumat lanjut, menyemak slot temu janji dan mengetahui pilihan ultrasound yang sesuai dengan usia kandungan anda.