MY
Malaysia
EN
MY
Malaysia
EN

NIPT Test di Batu Pahat membantu menyaring risiko kelainan kromosom bayi seawal umur 10 minggu kehamilan melalui ujian darah yang ringkas dan selamat.

NIPT Test di Batu Pahat
NIPT Test di Batu Pahat membantu ibu mendapatkan saringan awal kehamilan untuk menilai risiko kelainan kromosom tertentu pada bayi dengan lebih awal dan teratur.

Kehamilan merupakan satu perjalanan yang penuh dengan perubahan, harapan dan juga pelbagai persoalan mengenai kesihatan bayi dalam kandungan. Selain pemeriksaan antenatal dan ultrasound, perkembangan teknologi perubatan kini membolehkan ibu mendapatkan maklumat awal berkaitan risiko kelainan kromosom tertentu melalui NIPT Test di Batu Pahat.

NIPT atau Non-Invasive Prenatal Test ialah ujian saringan pranatal yang dilakukan menggunakan sampel darah ibu. Ujian ini menganalisis cell-free DNA yang terdapat dalam darah semasa kehamilan bagi menilai risiko beberapa keadaan kromosom tertentu pada bayi.

Berbanding prosedur diagnostik invasif, NIPT tidak melibatkan pengambilan sampel secara langsung daripada kandungan. Oleh sebab itu, ujian ini menjadi salah satu pilihan saringan awal yang boleh dibincangkan bersama doktor seawal usia kandungan sekitar 10 minggu.


Apa Sebenarnya NIPT dan Mengapa Ia Penting Dalam Kehamilan?

NIPT atau Non-Invasive Prenatal Test ialah ujian saringan pranatal yang dilakukan menggunakan sampel darah ibu. Melalui sampel tersebut, cell-free DNA yang terdapat dalam darah semasa kehamilan akan dianalisis bagi menilai risiko beberapa kelainan kromosom tertentu pada bayi. Menurut American Of Obstetricians and Gynecologist (ACOG), NIPT atau cell-free DNA screening merupakan ujian saringan pranatal yang membantu menilai risiko kelainan kromosom tertentu, namun ia bukan ujian diagnostik.

Antara keadaan yang lazim disaring melalui NIPT ialah:

Walaupun NIPT mempunyai tahap sensitiviti yang tinggi bagi beberapa keadaan kromosom utama, ia tetap merupakan ujian saringan dan bukannya ujian diagnostik. Ini bermaskud keputusan NIPT menunjukkan tahap risiko dan bukan pengesahan bahawa bayi pasti mempunyai atau tidak mempunyai sesuatu keadaan. Sekiranya keputusan menunjukkan risiko yang tinggi, doktor mungkin mencadangkan pemeriksaan atau ujian diagnostik lanjut bagi mendapatkan penilaian yang lebih tepat.


Bagaimana NIPT Test di Batu Pahat Dilakukan?

NIPT Test di Batu Pahat
Melalui NIPT Test di Batu Pahat, ibu boleh berbincang dengan doktor dan menjalani saringan awal melalui ujian darah bagi memahami keadaan kandungan dengan lebih jelas.

Proses NIPT Test di Batu Pahat secara umumnya ringkas kerana ia hanya memerlukan sampel darah daripada ibu. Sebelum ujian dilakukan, doktor akan menilai usia kandungan serta mendapatkan maklumat berkaitan sejarah kesihatan dan kehamilan. Pada peringkat ini, ibu juga akan diberikan penerangan mengenai tujuan NIPT, skop saringan yang tersedia serta perkara yang perlu difahami sebelum membuat keputusan.

Selepas itu, sampel darah akan diambil daripada lengan ibu seperti ujian darah biasa. Sampel tersebut kemudiannya dihantar untuk analisis cell-free DNA. Apabila keputusan diterima, doktor akan membantu menerangkan maksud laporan supaya ibu dapat memahami sama ada keputusan menunjukkan risiko rendah atau memerlukan penilaian lanjut.

Bagi ibu yang ingin mengetahui pilihan saringan yang tersedia di Klinik Ezna, maklumat lanjut boleh dilihat melalui Pakej NIPT Klinik Ezna⁠.

Bilakah NIPT Wajar Dipertimbangkan Semasa Kehamilan?

NIPT sering dikaitkan dengan ibu yang berusia 35 tahun ke atas. Namun begitu, saringan pranatal tidak semestinya terhadp kepada kumpulan umur tertentu sahaja. Ibu yang hamil boleh berbincang bersama doktor mengenai kesesuaian NIPT berdasarkan keadaan kehamilan, sejarah kesihtaan serta keperluan masing-masing. Antara situasi yang mungkin membuatkan ibu ingin mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai NIPT Test di Batu Pahat termasuklah:

Walau bagaimanapun, mempunyai salah satu faktor di atas tidak bermaksud ibu semestinya perlu menjalani NIPT. Keputusan sebaiknya dibuat selepas berbincang dengan doktor dan memahami manfaat serta batasan ujian.


NIPT dan Ultrasound Mempunyai Peranan Yang Berbeza

Ada ibu yang beranggapan bahawa selepas menjalani NIPT, pemeriksaan ultrasound mungkin tidak lagi diperlukan. Sebenarnya, kedua-dua pemeriksaan ini menilai aspek yang berbeza.

NIPT memberi fokus kepada risiko kelainan kromosom tertentu, manakala ultrasound membantu doktor melihat perkembangan fizikal bayi sepanjang kehamilan. Melalui ultrasound, doktor boleh menilai perkara seperti:

Oleh itu, keputusan NIPT yang menunjukkan risiko rendah tidak menggantikan keperluan untuk menjalani ultrasound dan pemeriksaan kehamilan secara berkala. Ibu boleh mengetahui pilihan pemeriksaan yang tersedia melalui Pakej Ultrasound Ibu Mengandung di Klinik Ezna⁠.

Untuk memahami peranan ultrasound dengan lebih lanjut, ibu juga boleh membaca artikel Klinik Scan Baby Batu Pahat: Bukan Sekadar Lihat Wajah Bayi di laman Artikel Kesihatan Klinik Ezna.

Pilihan Pakej NIPT Test di Klinik Batu Pahat

NIPT BasicNIPT 20NIPT 60
SaringanSaringanSaringan
• 23 jenis fetal chromosomal aneuploidy• 23 jenis fetal chromosomal aneuploidy
• 20 jenis microdeletion / microduplication
• 23 jenis fetal chromosomal aneuploidy
• 60 jenis microdeletion / microduplication
Sesuai untukSesuai untukSesuai untuk
Ibu yang mahu mendapatkan saringan asas kromosom bayi selepas berbincang dengan doktor.Ibu yang mempertimbangkan skop saringan yang lebih luas.Ibu yang mahu memahami pilihan saringan dengan skop lebih menyeluruh selepas konsultasi doktor.

Nota: Jenis pakej NIPT yang sesuai bergantung kepada keadaan kehamilan dan keperluan individu. Doktor akan berbincang bersama ibu untuk menentukan pilihan yang paling sesuai.


Soalan Lazim Mengenai NIPT Test di Batu Pahat

NIPT secara lazimnya boleh dipertimbangkan bermula sekitar 10 minggu kehamilan. Doktor boleh membantu menentukan waktu yang sesuai berdasarkan usia dan keadaan kandungan.
NIPT hanya memerlukan sampel darah ibu dan tidak melibatkan prosedur invasif secara langsung terhadap bayi atau rahim.
Antara keadaan utama ialah Trisomy 21, Trisomy 18 dan Trisomy 13. Skop tambahan bergantung kepada jenis pakej yang dipilih.
Tidak. NIPT ialah ujian saringan. Keputusan risiko tinggi mungkin memerlukan penilaian atau ujian diagnostik lanjut untuk pengesahan.
Ya. Ultrasound dan NIPT mempunyai fungsi yang berbeza. Ultrasound masih diperlukan untuk memantau perkembangan fizikal serta struktur bayi sepanjang kehamilan.
Pemilihan pakej sebaiknya dibuat selepas berbincang bersama doktor mengenai usia kandungan, sejarah kehamilan, keputusan pemeriksaan terdahulu serta skop saringan yang diperlukan.

Setiap kehamilan mempunyai perjalanan yang berbeza. Ada perkara yang dapat dilihat melalui ultrasound, ada yang diketahui melalui ujian darah dan ada juga yang memerlukan pemeriksaan lanjut.

NIPT Test di Batu Pahat memberi satu lagi pilihan kepada ibu untuk mendapatkan maklumat awal mengenai risiko kelainan kromosom tertentu sejak peringkat awal kehamilan. Apa yang paling penting bukan sekadar melakukan sebanyak mungkin ujian, tetapi memahami tujuan setiap pemeriksaan dan memilihnya berdasarkan keperluan kandungan.

Jika anda sedang mempertimbangkan NIPT, berbincanglah bersama doktor di Klinik Ezna Batu Pahat terlebih dahulu supaya usia kandungan, pilihan saringan serta keputusan ujian dapat diterangkan dengan lebih jelas. Untuk maklumat lanjut mengenai penjagaan kesihatan yang tersedia, layari Perkhidmatan Klinik Ezna dan dapatkan lebih banyak perkongsian melalui Artikel Kesihatan Klinik Ezna.