MY
Malaysia
EN
MY
Malaysia
EN

Dengan pengalaman 18 tahun berkhidmat untuk Kementerian Pertahanan Malaysia, Lt Kol (B) Dr. Narresh kini membawa kepakaran dan pengalaman beliau ke Klinik Ezna untuk membantu masyarakat Batu Pahat mendapatkan penjagaan kesihatan yang lebih menyeluruh dan berkualiti.

Doktor Pakar Batu Pahat
Setiap konsultasi bersama doktor pakar Batu Pahat di Klinik Ezna bermula dengan pemeriksaan yang teliti sebelum rawatan yang bersesuaian diberikan.

Lt Kol (B) Dr Narresh Sisubalasingam, Doktor Pakar Batu Pahat di Klinik Ezna, membawa kepakaran dalam bidang kesihatan awam, penyakit kronik, kesihatan pekerjaan dan kesihatan lelaki pengalaman yang jarang ditemui di klinik persendirian.

Ada sesuatu yang berbeza apabila anda berjumpa dengan seorang doktor yang bukan sahaja faham tentang ubat-ubatan, tetapi benar-benar memahami bagaimana sistem kesihatan berfungsi dari peringkat dasar kebangsaan hingga ke meja perundingan di depan anda. Itulah yang Lt Kol (B) Dr Narresh Sisubalasingam bawa bersama beliau ke Klinik Ezna.

Selepas 18 tahun berkhidmat dalam sistem perubatan tentera Malaysia, menguruskan operasi perubatan di pelbagai kem dan briged, bertugas bersama pasukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) di Beirut, Lebanon dan kemudiannya menjadi pengkhususan dalam bidang kesihatan awam di Hospital Angkatan Tentera Malaysia Tuanku Mizan. Lt Kol (B) Dr Narresh kini membawa seluruh pengalaman dan kepakarannya untuk berkhidmat kepada masyarakat Batu Pahat di Klinik Ezna.

Bagi pesakit yang mencari doktor pakar di Batu Pahat terutama untuk penyakit kronik, pemeriksaan kesihatan berkala, kesihatan pekerjaan dan kesihatan lelaki. Dengan kehadiran Lt Kol (B) Dr Narresh di Klinik Ezna adalah satu pilihan baharu yang bermakna di daerah Batu Pahat ini. Oleh itu, untuk maklumat lanjut mengenai kepentingan pemeriksaan kesihatan awam dan pencegahan penyakit kronik, anda boleh merujuk garis panduan yang diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Mengapa Pengalaman Doktor Pakar Batu Pahat Memberi Nilai Kepada Pesakit?

Sebagai seorang Doktor Pakar Batu Pahat, Lt Kol (B) Dr Narresh percaya bahawa rawatan yang berkualiti bermula dengan memahami keseluruhan keadaan pesakit. Setiap konsultasi dilakukan secara menyeluruh supaya punca masalah dapat dikenal pasti sebelum pelan rawatan yang sesuai dicadangkan. Latar belakang beliau merangkumi tiga dimensi yang jarang bersatu dalam satu individu pengalaman klinikal, kepakaran kesihatan awam dan latihan tentera yang mendisiplinkan cara beliau berfikir dan membuat keputusan.

Perkara yang paling menonjol tentang Lt Kol (B) Dr Narresh adalah kemampuan beliau untuk melihat kesihatan seseorang bukan hanya dari sudut simptom yang dibawa ke klinik tetapi dari sudut yang lebih luas gaya hidup, persekitaran kerja, faktor risiko keluarga dan corak penyakit yang mungkin belum menampakkan simptom. Pendekatan ini, yang merupakan teras kepada bidang kesihatan awam adalah apa yang beliau bawa kepada setiap perundingan di Klinik Ezna.

1) Kelayakan Berkhidmat

Lt Kol (B) Dr Narresh memegang tiga kelayakan akademik dalam bidang perubatan dan kesihatan awam:

Beliau juga merupakan pemegang sijil dalam Diving Medical Officer, Disaster Management, Combat and Tactic Course dan Occupational Health kelayakan tambahan yang mencerminkan keluasan pengalaman dan komitmen beliau terhadap perkembangan profesional berterusan.

Kelayakan akademik yang dimiliki melengkapkan pengalaman beliau sebagai doktor pakar Batu Pahat, sekali gus membolehkan setiap pesakit menerima pemeriksaan dan nasihat kesihatan yang berpandukan amalan perubatan berasaskan bukti.

2) Pengalaman Perkhidmatan

Sepanjang kerjaya beliau, Lt Kol (B) Dr Narresh pernah berkhidmat dalam pelbagai peranan yang menuntut kemahiran klinikal dan kepimpinan:

Pengalaman bertugas bersama MALBATT 3 di bawah United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) adalah antara yang paling unik dalam kerjaya beliau sebuah pengalaman yang mendedahkan beliau kepada sistem perubatan antarabangsa dan pengurusan kesihatan dalam persekitaran yang mencabar.

Bagaimana Doktor Pakar Batu Pahat Membantu Menjaga Kesihatan Anda?

Doktor Pakar Batu Pahat
Pengalaman Doktor Pakar Batu Pahat memberikan keyakinan kepada pesakit melalui penilaian yang teliti dan rawatan yang tepat.

Kesihatan yang baik bukan hanya bergantung kepada rawatan apabila sakit tetapi juga kepada pemeriksaan yang tepat dan pemantauan secara berkala. Sebagai Doktor Pakar Batu Pahat Lt Kol (B) Dr Narresh membantu pesakit memahami keadaan kesihatan mereka melalui pendekatan yang menyeluruh, daripada mengenal pasti punca masalah sehinggalah merancang rawatan yang bersesuaian. Setiap pesakit mempunyai keperluan yang berbeza, justeru setiap konsultasi dilakukan secara teliti bagi memastikan rawatan yang diberikan benar-benar menepati keadaan kesihatan individu.

Antara cara Doktor Pakar Batu Pahat membantu menjaga kesihatan pesakit termasuklah:

Melalui pendekatan ini, Doktor Pakar Batu Pahat bukan sahaja membantu merawat penyakit yang sedang dialami, malah memberi penekanan kepada pencegahan dan penjagaan kesihatan jangka panjang supaya pesakit dapat menikmati kualiti hidup yang lebih baik. Pendekatan ini juga selari dengan kepakaran Lt Kol (B) Dr Narresh dalam bidang Perubatan Kesihatan Awam yang mengutamakan pengesanan awal, pencegahan penyakit dan penjagaan kesihatan secara menyeluruh.

Perkhidmatan Yang Disediakan Oleh Doktor Pakar Batu Pahat

Doktor Pakar Batu Pahat
Pengalaman doktor pakar Batu Pahat membantu memberikan penilaian yang teliti, diagnosis yang tepat dan rawatan mengikut keperluan pesakit.

Ramai orang hanya mendapatkan rawatan apabila badan mula menunjukkan simptom seperti demam, batuk atau sakit yang berpanjangan. Namun begitu, terdapat banyak penyakit kronik yang berkembang secara perlahan tanpa disedari. Di Klinik Ezna, Lt Kol (B) Dr Narresh memberikan konsultasi dan rawatan untuk pelbagai keperluan kesihatan khususnya yang melibatkan penjagaan kesihatan secara menyeluruh.

1) Pemeriksaan Kesihatan Berkala & Saringan Penyakit Kronik

Ramai yang tidak menyedari mereka menghidap penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetes atau kolesterol tinggi kerana pada peringkat awal penyakit ini sering tidak menunjukkan sebarang gejala. Apabila gejala muncul, penyakit mungkin sudah berada di tahap yang lebih serius.

Lt Kol (B) Dr Narresh menekankan kepentingan pemeriksaan kesihatan berkala sebagai strategi pencegahan utama. Melalui Pakej Health Screening Klinik Ezna pesakit boleh menjalani penilaian menyeluruh merangkumi tekanan darah, paras gula dalam darah, profil kolesterol, fungsi buah pinggang dan hati, pemeriksaan air kencing, BMI serta ECG jika diperlukan semua dalam satu sesi yang terancang bersama doktor.

2) Pengurusan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) & Kawalan Berat Badan

Sebagai Doktor Pakar Kesihatan Awam, Lt Kol (B) Dr Narresh mempunyai kepakaran mendalam dalam pengurusan penyakit tidak berjangkit (NCD) yang menjadi punca utama morbiditi di Malaysia. Perkhidmatan di Klinik Asna merangkumi pengurusan komprehensif untuk:

Pendekatan Lt Kol (B) Dr Narresh bukan sekadar merawat simptom atau menetapkan ubat asas. Beliau memfokuskan kepada punca akar (root cause), penilaian risiko peribadi, serta intervensi gaya hidup.

Bagi pengurusan obesiti dan kawalan metabolik, Klinik Asna turut menawarkan rawatan terkini menggunakan suntikan perubatan GLP-1 receptor agonist seperti Semaglutide dan Tirzepatide yang diluluskan secara klinikal. Rawatan ini membantu mengawal selera makan, meningkatkan sensitiviti insulin dan menyokong penurunan berat badan yang selamat serta mampan di bawah pemantauan doktor pakar.

3) Kesihatan Lelaki

Ramai lelaki cenderung menangguhkan pemeriksaan kesihatan sehingga penyakit berada pada tahap yang lebih serius. Lt Kol (B) Dr. Narresh memahami cabaran ini dan mengamalkan pendekatan konsultasi yang profesional, terus kepada punca masalah serta tidak menghakimi, supaya pesakit lebih selesa berbincang mengenai keadaan kesihatan mereka.

Selain memberi tumpuan kepada pengurusan penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes, darah tinggi, kolesterol tinggi dan obesiti, beliau turut membantu menilai faktor risiko yang boleh membawa kepada penyakit jantung, strok dan komplikasi kesihatan lain jika tidak dikawal dengan baik.

Di samping itu, Lt Kol (B) Dr. Narresh juga memberikan perhatian terhadap kesihatan hormon lelaki. Antara tanda yang sering diabaikan termasuk keletihan berpanjangan, tenaga yang semakin berkurangan, penurunan jisim otot, gangguan tidur, perubahan emosi serta penurunan libido. Penilaian awal dan pemeriksaan yang sesuai dapat membantu mengenal pasti punca masalah sebelum ia menjejaskan kualiti hidup.

Bagi lelaki yang mempunyai faktor risiko penyakit jantung atau sejarah keluarga penyakit kardiovaskular, Pakej Jantung Klinik Ezna turut disediakan untuk membantu menilai tahap risiko dengan lebih menyeluruh serta merancang langkah pencegahan yang bersesuaian.

4) Kesihatan Pekerjaan (Occupational Health)

Batu Pahat mempunyai ramai penduduk yang bekerja dalam sektor perkilangan, pembinaan, pertanian dan industri. Kesihatan pekerjaan adalah bidang yang Lt Kol (B) Dr Narresh miliki sijil rasmi membolehkan beliau menilai risiko kesihatan berkaitan kerja, menjalankan pemeriksaan kesihatan pekerjaan, dan memberikan nasihat perubatan yang relevan kepada majikan mahupun pekerja.

Ini termasuk pengesanan awal penyakit berkaitan pekerjaan, penilaian kecergasan untuk bekerja (fit-to-work assessment) dan nasihat mengenai pengurusan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

5) Kesihatan Mental & Pengurusan Tekanan

Tekanan kerja, masalah kewangan dan tanggungjawab keluarga boleh memberi kesan yang nyata kepada kesihatan mental. Lt Kol (B) Dr Narresh percaya bahawa kesihatan mental sama pentingnya dengan kesihatan fizikal dan mendapatkan bantuan awal bukanlah tanda kelemahan.

Beliau menyediakan perundingan untuk pesakit yang mengalami tekanan, kebimbangan atau kemurungan dalam persekitaran yang terjaga kerahsiaan dan tanpa penghakiman. Langkah pertama yang paling penting adalah bercakap dan Lt Kol (B) Dr Narresh ada untuk mendengar.


Jika anda masih mempunyai pertanyaan mengenai Doktor Pakar Batu Pahat atau perkhidmatan yang disediakan di Klinik Ezna, berikut merupakan beberapa soalan yang sering ditanya oleh pesakit sebelum mendapatkan pemeriksaan dan rawatan.

Soalan Lazim Mengenai Lt Kol (B) Dr Narresh di Klinik Ezna

Apabila memilih Doktor Pakar Batu Pahat, jangan hanya melihat kepada pengalaman atau kelayakan semata-mata. Pilih doktor yang mengambil masa untuk memahami keadaan kesihatan anda, menjalankan pemeriksaan secara teliti dan menerangkan pilihan rawatan dengan jelas. Pendekatan ini membantu anda mendapatkan rawatan yang lebih tepat dan sesuai dengan keperluan kesihatan.
Ya. Ramai pesakit yang berjumpa Doktor Pakar Batu Pahat tidak mempunyai sebarang simptom, tetapi pemeriksaan mendapati mereka mengalami tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi atau diabetes pada peringkat awal. Pemeriksaan kesihatan berkala membantu mengesan masalah lebih awal supaya rawatan dapat dimulakan sebelum berlaku komplikasi.
Pemeriksaan kesihatan digalakkan sekurang-kurangnya sekali setahun, terutamanya jika anda berumur 30 tahun ke atas, mempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit kronik, mengalami berat badan berlebihan, merokok atau sering bekerja dalam keadaan yang memberi tekanan. Berjumpa Doktor Pakar Batu Pahat lebih awal membolehkan faktor risiko dikenal pasti sebelum menjejaskan kesihatan.
Selain merawat penyakit, Doktor Pakar Batu Pahat dalam bidang Perubatan Kesihatan Awam turut memberi tumpuan kepada pencegahan penyakit, pengesanan awal, pengurusan penyakit kronik dan pendidikan kesihatan. Pendekatan ini membantu pesakit memahami keadaan kesihatan mereka dengan lebih baik serta mengurangkan risiko komplikasi pada masa hadapan.
Ya. Penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetes dan kolesterol tinggi memerlukan pemantauan secara berkala. Dengan mendapatkan pemeriksaan daripada Doktor Pakar Batu Pahat, rawatan boleh disesuaikan mengikut keadaan semasa, di samping membantu mengurangkan risiko komplikasi seperti penyakit jantung, strok dan kerosakan buah pinggang.
Tidak. Walaupun mempunyai pengalaman dalam kesihatan lelaki, Doktor Pakar Batu Pahat di Klinik Ezna turut memberikan konsultasi kepada wanita dan lelaki. Pemeriksaan serta rawatan disesuaikan mengikut umur, sejarah kesihatan dan keperluan setiap individu.

Klinik Ezna berbangga mengalu-alukan Lt Kol (B) Dr Narresh Sisubalasingam ke dalam pasukan doktor kami. Dengan pengalaman 18 tahun, kelayakan doktor falsafah dalam kesihatan awam, dan rekod perkhidmatan yang merentasi sempadan negara, beliau membawa perspektif yang segar dan mendalam kepada penjagaan kesihatan masyarakat Batu Pahat.

Jika anda sedang mencari doktor pakar di Batu Pahat untuk pemeriksaan kesihatan, pengurusan penyakit kronik, kesihatan pekerjaan atau sekadar perundingan yang menyeluruh Lt Kol (B) Dr Narresh kini ada di Klinik Ezna untuk membantu anda.

Hubungi Klinik Ezna hari ini atau WhatsApp kami di 014-382 0399 untuk membuat temujanji bersama Lt Kol (B) Dr Narresh. Kesihatan anda adalah aset paling berharga dan kami ada di sini untuk membantu anda jaga ia dengan sebaik mungkin.