Soalan Lazim (FAQ)
Klinik ezna

Jawapan terus daripada pasukan Klinik Ezna untuk membantu anda membuat keputusan yang tepat.

Di sini kami himpunkan soalan-soalan yang paling kerap ditanya oleh pesakit mengenai perkhidmatan, waktu operasi dan cara mendapatkan rawatan di Klinik Ezna.

Jika soalan anda tiada dalam senarai ini, hubungi kami dan pasukan kami sedia membantu.

Klinik mana yang terbaik di Batu Pahat?

Klinik terbaik bergantung kepada keperluan setiap pesakit. Klinik Ezna sering menjadi pilihan penduduk Batu Pahat kerana perkhidmatan yang lengkap, ulasan Google yang tinggi, serta pendekatan doktor dan staf yang mesra, profesional dan telus.

Atas sebab itu, terdapat dalam kalangan penduduk Batu Pahat yang menggelarkan Klinik Ezna sebagai antara klinik terbaik di Batu Pahat.

Klinik Ezna sesuai untuk rawatan wanita dan kanak-kanak ke?

Ya, Klinik Ezna menyediakan perkhidmatan khusus untuk wanita dan kanak-kanak termasuk rawatan kehamilan, ultrasound, kontraseptif, jaundis bayi, nebulizer, sedut kahak dan pemeriksaan tumbesaran.

Klinik Ezna buka pukul berapa?

Waktu operasi Klinik Ezna adalah dari jam 7.30 pagi hingga 10.30 malam tanpa waktu rehat.
Klinik Ezna dibuka setiap hari termasuk hujung minggu dan cuti umum.

Waktu terkini juga boleh dirujuk di Google atau melalui WhatsApp rasmi kami.

Perlu buat temujanji atau boleh walk-in?

Pesakit boleh datang secara walk-in. Namun untuk perkhidmatan khas seperti ultrasound, Holter, CGM atau Sleep Study, kami menggalakkan pesakit membuat temujanji terlebih dahulu bagi memastikan kelancaran rawatan.

Klinik Ezna terima panel atau insurans?

Klinik Ezna menerima beberapa panel terpilih. Sila hubungi pihak kami untuk pengesahan senarai panel terkini.

Adakah Klinik Ezna ada perkhidmatan ultrasound?

Ya. Klinik Ezna menyediakan perkhidmatan ultrasound termasuk untuk kehamilan, organ dalaman dan pemeriksaan tertentu mengikut keperluan doktor.

Pasukan doktor kami juga menjalani latihan berkala bagi memastikan teknik ultrasound sentiasa selari dengan amalan terkini.

Boleh buat Holter / ECG / CGM di Klinik Ezna?

Ya. Klinik Ezna menyediakan Holter Monitoring selama 24 jam hingga 72 jam, Portable ECG serta Continuous Glucose Monitoring (CGM) untuk pemantauan jantung dan kencing manis.

Klinik Ezna ada buat pembedahan kecil (minor surgery)?

Ya. Klinik Ezna menyediakan perkhidmatan pembedahan kecil seperti buang ketuat, lipoma, jahitan luka, rawatan luka (dressing) serta prosedur minor lain.

Harga rawatan di Klinik Ezna mahal ke?

Harga rawatan bergantung kepada jenis rawatan dan keperluan pesakit. Klinik Ezna berusaha menawarkan rawatan berkualiti pada kadar yang berpatutan, telus dan munasabah.

Kenapa ramai pesakit pilih Klinik Ezna?

Kerana pendekatan kami yang menggabungkan standard hospital, teknologi moden dan layanan mesra komuniti.

Lebih 100,000 pesakit telah mendapatkan rawatan di Klinik Ezna dengan ratusan ulasan 5 bintang di Google sebagai tanda kepercayaan masyarakat.